Friday, November 18, 2011

Terima Kasih Semua

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Saya mengambil kesempatan di sini untuk melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga kehadrat Allah swt kerana memberkati usaha kami dan menganugerahkan kami kejayaan ini. Sungguh ia di luar dugaan. Melebihi dari sasaran yang ditetapkan. Terima kasih kepada semua pihak kerana tanpa kerjasama semua pihak kejayaan cemerlang ini tidak akan dapat dinikmati. Khasnya guru-guru Tahun 6 yang bertungkus lumus siang malam membimbing anak-anak didik mereka. Juga guru-guru lain yang secara tidak langsung menyumbang kearah kejayaan ini. PIBG yang tidak pernah jemu menghulurkan bantuan dan sumbangan. Sokongan ibubapa yang sentiasa diperolehi dan yang paling penting usaha dari pelajar-pelajar itu sendiri. Bagi pelajar yang tidak mencapai keputusan yang dihajati, jangan putus asa, kejayaan akan sentiasa mengiringi setiap usaha murni yang bersungguh-sungguh. Teruskan perjuangan.

JEMPUTAN KE MAJLIS JAMUAN KESYUKURAN

       Sehubungan kejayaan ini, pihak sekolah akan mengadakan majlis jamuan kesyukuran dengan mengorbankan seekor lembu sumbangan PIBG. Saya dengan ini menjemput semua pelajar Tahun 5 dan 6 beserta ibubapa/penjaga, guru-guru, AJK PIBG serta seluruh kakitangan sekolah ke jamuan tersebut yang akan diadakan sebagaimana berikut:
TARIKH     :     24 November 2011 (Khamis)
MASA        :     Mulai 12.00 tengahari
TEMPAT    :     Dewan Sekolah

Akhir kata dari saya, tahniah dan terima kasih semua. Wassalam.













HJ MOHD ZAKI BIN CHE ABDULLAH
Guru Besar
SK Kerandang

No comments:

Post a Comment