Friday, December 30, 2011

PENDAFTARAN PELAJAR DAN MESYUARAT GURU KALI PERTAMA SESI 2012

TARIKH        ;      29 DISEMBER 2011

Pendaftaran Pelajar bagi sesi persekolahan 2012 berlangsung seawal jam 8.00 pagi dan diikuti oleh Mesyuarat Guru Kali pertama bagi sesi persekolahan 2012.
Tiada guru baru yang berpindah masuk dan juga tiada guru yang bertukar keluar.

guru guru bersedia menanti ibubapa mendaftar anak anak mereka

tiada bayaran dikenakan kepada ibubapa

ibubapa membeli buku latihan di kedai sekolah

taukeh kedai sedang melayan pelanggan

menanti mesyuarat bermula

ucapan aluan Tuan Guru Besar

sebilangan guru perempuan

guru guru lelaki

Sunday, December 4, 2011

SK Kerandang Ranking Ke 9 dari 346 Sekolah Rendah Negeri Terengganu dalam UPSR 2011

Imej dipetik dari sumber JPN Terengganu.
                                                                                                                               


KEPUTUSAN UPSR 2011 DAERAH BESUT

Kedudukan sekolah disusun mengikut peratus murid mendapat 5A


Friday, November 18, 2011

Terima Kasih Semua

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Saya mengambil kesempatan di sini untuk melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga kehadrat Allah swt kerana memberkati usaha kami dan menganugerahkan kami kejayaan ini. Sungguh ia di luar dugaan. Melebihi dari sasaran yang ditetapkan. Terima kasih kepada semua pihak kerana tanpa kerjasama semua pihak kejayaan cemerlang ini tidak akan dapat dinikmati. Khasnya guru-guru Tahun 6 yang bertungkus lumus siang malam membimbing anak-anak didik mereka. Juga guru-guru lain yang secara tidak langsung menyumbang kearah kejayaan ini. PIBG yang tidak pernah jemu menghulurkan bantuan dan sumbangan. Sokongan ibubapa yang sentiasa diperolehi dan yang paling penting usaha dari pelajar-pelajar itu sendiri. Bagi pelajar yang tidak mencapai keputusan yang dihajati, jangan putus asa, kejayaan akan sentiasa mengiringi setiap usaha murni yang bersungguh-sungguh. Teruskan perjuangan.

JEMPUTAN KE MAJLIS JAMUAN KESYUKURAN

       Sehubungan kejayaan ini, pihak sekolah akan mengadakan majlis jamuan kesyukuran dengan mengorbankan seekor lembu sumbangan PIBG. Saya dengan ini menjemput semua pelajar Tahun 5 dan 6 beserta ibubapa/penjaga, guru-guru, AJK PIBG serta seluruh kakitangan sekolah ke jamuan tersebut yang akan diadakan sebagaimana berikut:
TARIKH     :     24 November 2011 (Khamis)
MASA        :     Mulai 12.00 tengahari
TEMPAT    :     Dewan Sekolah

Akhir kata dari saya, tahniah dan terima kasih semua. Wassalam.













HJ MOHD ZAKI BIN CHE ABDULLAH
Guru Besar
SK Kerandang

Thursday, November 17, 2011

PENCAPAIAN LUAR DUGAAN - 40 MURID 5A

        SK Kerandang mencipta sejarahnya tersendiri tahun ini dengan pengumuman keputusan UPSR 2011 pagi tadi. Seramai 40 orang murid berjaya melakukan 'lompatan saujana' dengan mencatat keputusan terbaik setakat ini dalam sejarah UPSR sekolah. Dari calon yang seramai 97 orang, 40 daripadanya mendapat 5A, iaitu sebanyak 41.2%.
        Pencapaian ini agak di luar dugaan kerana sasaran yang ditetapkan adalah seramai 35 orang. Terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat menjulang nama SK Kerandang tahun ini, khasnya guru-guru Tahun 6, guru-guru, ibubapa, staff dan tidak terkecuali pihak pentadbiran khasnya Guru Besar yang terus menerus membantu dan meniup semangat guru-guru dan murid dalam mengejar kecemerlangan ini.

PERBANDINGAN PENCAPAIAN TAHUN 2010

TAHUN       CALON            5A             %          LSMP          %          GPS


  2010           104                21             20.2          63             60.6         2.20

  2011            97                40              41.2           80            82.4         1.66



Slip Asal yang telah siap untuk diserah kepada pelajar

40 Pelajar Cemerlang SK Kerandang 2011

Bangganya ibu

Kejayaan anak. Itulah yang diharap oleh ibubapa.

Terima Kasih Cikgu

Sayang Anak Emak
Bapa tersenyum bangga

Kami Telah Buktikan Kami Boleh
Huray....Aku dapat 5A