Friday, November 18, 2011

Terima Kasih Semua

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Saya mengambil kesempatan di sini untuk melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga kehadrat Allah swt kerana memberkati usaha kami dan menganugerahkan kami kejayaan ini. Sungguh ia di luar dugaan. Melebihi dari sasaran yang ditetapkan. Terima kasih kepada semua pihak kerana tanpa kerjasama semua pihak kejayaan cemerlang ini tidak akan dapat dinikmati. Khasnya guru-guru Tahun 6 yang bertungkus lumus siang malam membimbing anak-anak didik mereka. Juga guru-guru lain yang secara tidak langsung menyumbang kearah kejayaan ini. PIBG yang tidak pernah jemu menghulurkan bantuan dan sumbangan. Sokongan ibubapa yang sentiasa diperolehi dan yang paling penting usaha dari pelajar-pelajar itu sendiri. Bagi pelajar yang tidak mencapai keputusan yang dihajati, jangan putus asa, kejayaan akan sentiasa mengiringi setiap usaha murni yang bersungguh-sungguh. Teruskan perjuangan.

JEMPUTAN KE MAJLIS JAMUAN KESYUKURAN

       Sehubungan kejayaan ini, pihak sekolah akan mengadakan majlis jamuan kesyukuran dengan mengorbankan seekor lembu sumbangan PIBG. Saya dengan ini menjemput semua pelajar Tahun 5 dan 6 beserta ibubapa/penjaga, guru-guru, AJK PIBG serta seluruh kakitangan sekolah ke jamuan tersebut yang akan diadakan sebagaimana berikut:
TARIKH     :     24 November 2011 (Khamis)
MASA        :     Mulai 12.00 tengahari
TEMPAT    :     Dewan Sekolah

Akhir kata dari saya, tahniah dan terima kasih semua. Wassalam.













HJ MOHD ZAKI BIN CHE ABDULLAH
Guru Besar
SK Kerandang

Thursday, November 17, 2011

PENCAPAIAN LUAR DUGAAN - 40 MURID 5A

        SK Kerandang mencipta sejarahnya tersendiri tahun ini dengan pengumuman keputusan UPSR 2011 pagi tadi. Seramai 40 orang murid berjaya melakukan 'lompatan saujana' dengan mencatat keputusan terbaik setakat ini dalam sejarah UPSR sekolah. Dari calon yang seramai 97 orang, 40 daripadanya mendapat 5A, iaitu sebanyak 41.2%.
        Pencapaian ini agak di luar dugaan kerana sasaran yang ditetapkan adalah seramai 35 orang. Terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat menjulang nama SK Kerandang tahun ini, khasnya guru-guru Tahun 6, guru-guru, ibubapa, staff dan tidak terkecuali pihak pentadbiran khasnya Guru Besar yang terus menerus membantu dan meniup semangat guru-guru dan murid dalam mengejar kecemerlangan ini.

PERBANDINGAN PENCAPAIAN TAHUN 2010

TAHUN       CALON            5A             %          LSMP          %          GPS


  2010           104                21             20.2          63             60.6         2.20

  2011            97                40              41.2           80            82.4         1.66



Slip Asal yang telah siap untuk diserah kepada pelajar

40 Pelajar Cemerlang SK Kerandang 2011

Bangganya ibu

Kejayaan anak. Itulah yang diharap oleh ibubapa.

Terima Kasih Cikgu

Sayang Anak Emak
Bapa tersenyum bangga

Kami Telah Buktikan Kami Boleh
Huray....Aku dapat 5A






















     

Wednesday, November 16, 2011

Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan 2012 Murid Tahun 1 hingga 6

Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan 2012 Murid Tahun 1 hingga 6
Tarikh      :     15 November 2011 (Selasa)
Masa       :      12.00 tengah hari
Tempat    :      Dewan Terbuka SKK

         Seramai 498 orang murid menerima wang tunai RM100 seorang menerusi ibubapa/penjaga mereka sebagai bantuan persekolahan tahun hadapan. Penyampaian bantuan ini disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi PIBG SK Kerandang, Dato Hj Abd Halim bin Awang.

Dato' Hj Abd Halim menyampaikan ucapan

Kaum bapa yang hadir

Penyampaian Bantuan RM100 seorang murid

Close Up dua keping wang kertas RM50

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2011

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2011
ISNIN 14 NOVEMBER 2011
DI DEWAN TERBUKA SKK
antara kaum ibu yang hadir....terima kasih

Persembahan Action Song oleh murid Tahun 3

yang depan, orang kuat, yang belakang, gagah

persembahan dikir barat murid tahun 6

persembahan tarian tradisional oleh murid tahun 6

barisan VIP, Pn Kamariah (PK1), Pn Nazilan (wakil PPD), En Abdullah (PIBG) dan Hj Mohd Zaki (GB)

Ummi Raihanah  bt Saahari - Pelajar Cemerlang Akademik

Hanif Azidi - Pelajar Cemerlang Ko Kurikulum
Nik Syarizal Nik Abdullah  - Pelajar Cemerlang Akademik
 Nur Anis Atiah - Pelajar Cemerlang Ko Kurikulum

Anis Faqihah bt Mat Lazin - Tokoh Murid SK Kerandang 2011


Barisan VuiP (very unimportant persons)