Thursday, November 17, 2011

PENCAPAIAN LUAR DUGAAN - 40 MURID 5A

        SK Kerandang mencipta sejarahnya tersendiri tahun ini dengan pengumuman keputusan UPSR 2011 pagi tadi. Seramai 40 orang murid berjaya melakukan 'lompatan saujana' dengan mencatat keputusan terbaik setakat ini dalam sejarah UPSR sekolah. Dari calon yang seramai 97 orang, 40 daripadanya mendapat 5A, iaitu sebanyak 41.2%.
        Pencapaian ini agak di luar dugaan kerana sasaran yang ditetapkan adalah seramai 35 orang. Terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat menjulang nama SK Kerandang tahun ini, khasnya guru-guru Tahun 6, guru-guru, ibubapa, staff dan tidak terkecuali pihak pentadbiran khasnya Guru Besar yang terus menerus membantu dan meniup semangat guru-guru dan murid dalam mengejar kecemerlangan ini.

PERBANDINGAN PENCAPAIAN TAHUN 2010

TAHUN       CALON            5A             %          LSMP          %          GPS


  2010           104                21             20.2          63             60.6         2.20

  2011            97                40              41.2           80            82.4         1.66



Slip Asal yang telah siap untuk diserah kepada pelajar

40 Pelajar Cemerlang SK Kerandang 2011

Bangganya ibu

Kejayaan anak. Itulah yang diharap oleh ibubapa.

Terima Kasih Cikgu

Sayang Anak Emak
Bapa tersenyum bangga

Kami Telah Buktikan Kami Boleh
Huray....Aku dapat 5A






















     

No comments:

Post a Comment