Monday, April 16, 2012

Tarikh Akhir Bayar Cukai Pendapatan 30 April

Ada sahabat yang bertanya tarikh akhir pembayaran cukai pendapatan. Untuk makluman pembaca sekelian, tarikhnya adalah seperti diatas, sama dengan tarikh tutupnya E Filing.
Dapat Gaji 25 hb ini jelaskanlah cukai pendapatan. Penalti akan dikenakan jika lewat.
Sila baca ayat yang saya petik dari laman web LHDN.

Penalti Lewat Bayar Baki Cukai
Penalti lewat bayaran baki cukai sebanyak 10% akan dikenakan bagi amaun yang tidak dibayar selepas 30 April tahun berikutan tahun taksiran. Jika masih gagal membayar cukai dan penalti yang dikenakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh penalti dikenakan, penalti tambahan sebanyak 5% akan dikenakan ke atas amaun yang masih terhutang.

* Bayaran boleh dibuat secara tunai di kaunter Pejabat Pos atau CIMB Bank,Public Bank, Maybank atau EON Bank.

No comments:

Post a Comment